Monday, March 19, 2012

Gaji Pembantu Rumah

Gaji Pembantu Rumah

Kalau sebut pasal gaji, benda ni sama saja dengan harga barang. Harga barang melambangkan nilai (value) sesuatu barang. Gaji pula melambangkan nilai sesuatu upah (wage) terhadap tenaga/kreativiti yang diberikan oleh pekerja.

Di samping itu, penentuan harga seringkali bergantung kepada:

1) kesediaan pengeluar mengeluarkan produk (producers' willingness to produce) pada harga yang tertentu; dan

2) kesediaan pembeli mengeluarkan duit mereka untuk mendapatkan produk tersebut (cosumers' willingness to buy the product) pada harga yang tertentu.

Acara 'tarik tali' di antara pengeluar dan pembeli ini dikenali sebagai Hukum Penawaran dan Permintaan (Law of Demand and Supply). Peningkatan permintaan (increase in demand) seringkali menyebabkan harga meningkat sementara peningkatan penawaran (increase in supply) seringkali menyebabkan harga menurun. Sebab itu, harga buah durian agak mahal...banyak orang nak (high demand), tetapi susah nak dapatkannya (low supply).

Begitu juga dengan upah/gaji. Sesuatu upah/gaji akan menjadi tinggi atau rendah bergantung kepada percaturan tidak bertulis di antara majikan dan pekerja. Ia bergantung kepada:

1) kesediaan bakal pekerja menyumbangkan tenaga pada tahap upah yang ditawarkan (supply of labor); dan

2) kesediaan majikan membayar upah yang tertentu untuk mendapatkan pekerja (demand for labor).

Oleh itu, kita dapat lihat bahawa acara 'tarik tali' yang sama berlaku lagi. Cuma kali ini, di antara majikan dan pekerja. Hukum Penawaran dan Permintaan (Law of Demand and Supply) tidak berlaku hanya di dalam pasaran barangan, ia juga berlaku di dalam pasaran buruh.

Maka perlulah kita fahami bahawa yang menentukan nilai buruh atau upah untuk sesuatu pekerjaan bukanlah kos yang terlibat sahaja tetapi lebih kepada kesediaan di antara dua pihak yang terlibat (the forces of market).

Selagi mana majikan Malaysia bersedia atau sanggup membayar upah yang tinggi untuk mendaptakan perkhidmatan seorang pembantu rumah (demand for labor), dan dalamasa yang sama, pembantu rumah yang boleh diharapkan (supply of labor) tidak mudah diperolehi, maka, upah tinggi seorang amah bukanlah sesuatu yang pelik atau tidak dijangka, tambahan pula bila melibatkan orang tengah yang 'pandai' mengambil kesempatan.

Sunday, November 7, 2010

Mesyuarat Perwakilan Wanita Negeri KL

Mesyuarat Perwakilan Wanita Negeri (MPWN) Kuala Lumpur telah diadakan di Pejabat ADUN Gombak pada hari Ahad, 31 Oktober 2010. Ia bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 10.30 pagi.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh Ketua Wanita JIM, Pn Che Asmah. Dan alhamdulillah... mesyuarat berjalan dengan lancar dengan kehadiran yang memenuhi syarat korum.

Para perwakilan telah diberi saguhati beg sandang untuk membeli-belah dan sabun kesihatan.

Agenda penting Wanita JIM seterusnya...Perhimpunan Perwakilan Wanita Nasional (PPWN) pada hari Jumaat, 17 Disember 2010 di Darul Puteri, Cheras.

Thursday, October 21, 2010

MAWD 2010

Pada hari Ahad, 3 Oktober 2010 telah diadakan sebuah mesyuarat agung Wanita JIM daerah Cheras bertempat di Masjid Al Mukhlisin, Alam Damai, Cheras.

Ia bermula pada jam 9.15 pagi dan berakhir pada jam 10.11 pagi.

Di antara agenda mesyuarat ialah pemilihan ahli-ahli perwakilan ke mesyuarat Wanita JIM negeri Kuala Lumpur pada 31 Oktober 2010.

Perhimpunan Perwakilan Wanita Nasional akan diadakan di kawasan Lembah Kelang pada 17 Disember 2010.

Moga Allah SWT sentiasa memberi taufik dan hidayahNya kepada kita, amin.

Wednesday, April 1, 2009

Tinta Serikandi - Siapa Kami?

Salam,

Kepada semua rakan-rakan dan sahabat yang menatapi blog ini. Blog ini adalah secara rasminya blog Wanita JIM Daerah Cheras. Tujuan utama blog ini hanyalah untuk sama-sama berkongsi cerita dan pengalaman dengan sesiapa sahaja yang sudi melawat ke blog ini. Di sini jugalah kami harap dapat buat sharing mengenai aktiviti aktiviti kemasyarakatan yang telah dapat kami jalankan di sekitar Cheras dan juga sekitar Lembah Kelang......

Siapakah kami? Kami adalah sekumpulan wanita yang bergiat cergas dalam Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)...bukan JI ya.....sebuah pertubuhan NGO (Non government organisation) yang berdaftar. Apa aktiviti kami......??? Bukan setakat tulis blog dan sembang-sembang di alam maya sahaja, kami juga bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan wanita ,remaja dan juga anak-anak khususnya dan juga aktiviti-aktiviti yang melibatkan keluarga keseluruhannya...Dengan motto " Bersama Islam Membina Masyarakat" kami bergerak mengislah masyarakat agar kita semua dapat menghayati Islam sebagai satu cara hidup yang unggul.

Susi-sudikan lah ke blog kami .....mungkin ada berita yang mencuit hati.....Kita jumpa lagi . Ta...

Friday, February 27, 2009

Ahlan Wa Sahlan

Selamat Datang ke Blog Wanita JIM Cheras!!!

Ke Cameron Highland beli strawberi,
Sudah membeli ,berhenti makan mi,
Tinta SeriKandi nama blog kami,
Untuk tatapan saudara saudari.

Salam semua, akhirnya terhasil juga apa yang dihajat di hati.... sebuah blog untuk di isi . ....Yang menulis sekarang ni Ila. Rasanya tak adalah banyak benda yang nak di tulis, selain dari salam perkenalan buat semua yang menatap blog ni. Nak kenal kami?? Kena sabar lah sikit...nanti satu persatu akan menonjolkan diri . Insya Allah.

Kami bercadang berkongsi cerita dan pengalaman selain dari aktiviti2 kami dalam blog ni. Sudi-sudikan lah menjenguk kami, memberi komen yang tersirat di hati.

Ok tu dulu....nanti kita jumpa lagi.