Monday, March 19, 2012

Gaji Pembantu Rumah

Gaji Pembantu Rumah

Kalau sebut pasal gaji, benda ni sama saja dengan harga barang. Harga barang melambangkan nilai (value) sesuatu barang. Gaji pula melambangkan nilai sesuatu upah (wage) terhadap tenaga/kreativiti yang diberikan oleh pekerja.

Di samping itu, penentuan harga seringkali bergantung kepada:

1) kesediaan pengeluar mengeluarkan produk (producers' willingness to produce) pada harga yang tertentu; dan

2) kesediaan pembeli mengeluarkan duit mereka untuk mendapatkan produk tersebut (cosumers' willingness to buy the product) pada harga yang tertentu.

Acara 'tarik tali' di antara pengeluar dan pembeli ini dikenali sebagai Hukum Penawaran dan Permintaan (Law of Demand and Supply). Peningkatan permintaan (increase in demand) seringkali menyebabkan harga meningkat sementara peningkatan penawaran (increase in supply) seringkali menyebabkan harga menurun. Sebab itu, harga buah durian agak mahal...banyak orang nak (high demand), tetapi susah nak dapatkannya (low supply).

Begitu juga dengan upah/gaji. Sesuatu upah/gaji akan menjadi tinggi atau rendah bergantung kepada percaturan tidak bertulis di antara majikan dan pekerja. Ia bergantung kepada:

1) kesediaan bakal pekerja menyumbangkan tenaga pada tahap upah yang ditawarkan (supply of labor); dan

2) kesediaan majikan membayar upah yang tertentu untuk mendapatkan pekerja (demand for labor).

Oleh itu, kita dapat lihat bahawa acara 'tarik tali' yang sama berlaku lagi. Cuma kali ini, di antara majikan dan pekerja. Hukum Penawaran dan Permintaan (Law of Demand and Supply) tidak berlaku hanya di dalam pasaran barangan, ia juga berlaku di dalam pasaran buruh.

Maka perlulah kita fahami bahawa yang menentukan nilai buruh atau upah untuk sesuatu pekerjaan bukanlah kos yang terlibat sahaja tetapi lebih kepada kesediaan di antara dua pihak yang terlibat (the forces of market).

Selagi mana majikan Malaysia bersedia atau sanggup membayar upah yang tinggi untuk mendaptakan perkhidmatan seorang pembantu rumah (demand for labor), dan dalamasa yang sama, pembantu rumah yang boleh diharapkan (supply of labor) tidak mudah diperolehi, maka, upah tinggi seorang amah bukanlah sesuatu yang pelik atau tidak dijangka, tambahan pula bila melibatkan orang tengah yang 'pandai' mengambil kesempatan.